POLISI TEMPAHAN

POLISI KADKAHWINJOHOR WEDDING CARD

1. POLISI PENGESAHAN TEMPAHAN DAN CETAKAN

Selepas setiap tempahan, KadKahwinJohor.com akan melakukan proses rekebentuk dan mendapatkan pengesan pelanggan. Kerja cetakan hanya akan dibuat selepas menerima pengesahan terakhir daripada pelanggan. KadKahwinJohor.com tidak akan bertanggung jawab untuk atas sebarang kesilapan ejaan atau lain-lain selepas pengesahan untuk cetakan dibuat. Untuk jadual jangka masa proses tempahan, sila rujuk kepada jadual proses tempahan yang dipaparkan di www.kadkahwinjohor.com.my delivery

2. POLISI KUALITI CETAKAN DAN WARNA

KadKahwinJohor.com menggunakan pencetak digital dan offset untuk menghasilkan semua produk keluaran KadKahwinJohor.com  Ketidakselarasan warna akan berlaku dalam setiap cetakan. Julat ketidakselarasan warna dalam cetakan produk akhir KadKahwinJohor.com ialah 5%-10% daripada warna di sample cetakan. Warna melalui monitor atau skrin computer adalah berlainan dengan warna sebenar cetakan kerana format warna yang berbeza. Warna di skrin tidak boleh dijadikan ukuran perbandingan dalam menentukan perbezaan julat warna. Kualiti potongan akhir juga akan mempunyai julat standard cetakan iaitu +-1 inci

3. POLISI PEMULANGAN DAN PENUKARAN PRODUK

Jika anda tidak berpuas-hati dengan barangan yang anda beli, anda boleh memaklumkan pihak KadKahwinJohor.com dalam tempoh masa 3 hari selepas penerimaan dan memulangkan semula barangan tersebut dalam masa 7 hari selepas penerimaan (barangan perlu dibungkus-semula dalam pek asal seperti ketika penerimaan). Setiap produk yang dipulangkan atau diminta tukar perlu diserahkan sepenuhnya kepada KadKahwinJohor.com. Pihak KadKahwinJohor.com berhak untuk tidak menggantikan atau menukar produk yang gagal dipulangkan sepenuhnya .

4. BARANGAN KEHABISAN STOK

Walaupun kami sedaya upaya akan memastikan kecukupan simpanan stok produk sedia-ada, masalah kehabisan stok mungkin akan berlaku. Jika ini berlaku, anda akan diberitahu melalui email atau sms. Jika anda tidak ingin menunggu sehingga stok ada, anda boleh membatalkan pesanan anda. Jika kami tidak menerima pembatalan pesanan anda sebelum penghantaran barangan dilakukan, kami menganggap anda bersetuju dengan penghantaran lewat. Jika kami tidak dapat menghantar barangan tersebut dalam masa 30 hari, pesanan anda akan dibatal secara otomatik dan pemulangan bayaran akan dilakukan. Jika sebahagian barangan dari pesanan anda telah dibatalkan, pemulangan bayaran akan dilakukan mengikut jenis barangan yang telah dibatalkan sahaja.

5. POLISI PRA-BAYAR & amp; DEPOSIT

Pembayaran boleh dilakukan secara deposit  50% atau bayaran penuh terus. Rekabentuk kad atau lain-lain produk tempahan hanya akan dibuat selepas bayaran dibuat. Penghantaran produk juga hanya akan dibuat selepas pembayaran penuh 100% dan disahkan.

6. POLISI PENGHANTARAN

Menjadi keutamaan kami untuk memastikan penghantaran produk kepada pelanggan dilakukan dengan baik. Semua penghantaran sekitar Semenanjung Malaysia akan dilakukan melalui syarikat kurier SKYNET/CITILINK  manakala untuk Sabah dan Sarawak kami akan menggunakan khidmat POS MALAYSIA (Parcel Service Udara) Caj penghantaran kami untuk setiap barangan adalah berbeza (mengikut saiz dan berat) dan akan dinyatakan dengan jelas pada laman tempahan produk tersebut. Untuk senarai lengkap caj penghantaran sila rujuk di www.kadkahwinjohor.com.my/caj penghantaran.Kami akan memberi nombor Tracking SKYNET/CITILINK/POS PARCEL kepada anda apabila kami membuat penghantaran melalui email & amp; sms. Barangan telah siap dijangka akan diterima pelanggan sekitar 2-3 hari bekerja/bergantung pada servis syarikat penghantaran . Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya salah memilih syarikat penghantaran .

7. POLISI PEMBATALAN TEMPAHAN

Pembatalan tempahan dibenarkan jika produk masih belum dicetak dan caj pembatalan akan dikenakan. Berikut ialah jadual kos yang akan dikenakan atas pembatalan tempahan :
  1. Pembatalan tempahan sebelum kerja draf design dilakukan @ Caj DEPOSIT TIDAK DI KEMBALIKAN
  2. Pembatalan tempahan selepas kerja draf design dilakukan tetapi belum melibatkan kerja pembetulan @ Caj 40% daripada NILAI KESELURUHAN TEMPAHAN
  3. Pembatalan tempahan semasa proses kerja pembetulan @ Caj 60% daripada NILAI KESELURUHAN TEMPAHAN

8. POLISI PENUKARAN PETA, DESIGN & SAIZ KAD

Penukaran peta, design dan saiz kad dibenarkan jika produk masih belum dibuat dan caj penukaran akan dikenakan setelah Artwork disiapkan. 
Caj penukaran yang akan dikenakan ialah RM50.00.

9. POLISI PENUKARAN ATAU PERUBAHAN DESIGN ASAL & amp; PEMBUATAN REKAAN KHAS

Semua produk KadKahwinJohor.com ialah ‘100% Personalized Product’ yang mana semua rekabentuk asal KadKahwinJohor.com boleh diubah warna ,tema, pilihan font, penambahan foto dan penambahan elemen rekaan daripada koleksi KadKahwinJohor.com tanpa sebarang caj.Cetakan terus untuk rekaan yg dibuat oleh pelanggan sendiri juga tidak akan dikenakan caj tambahan. Caj tambahan Cuma akan dikenakan atas permintaan untuk merekebentuk produk pesanan khas daripada pelanggan yang tidak menggunakan pilihan rekaan asal KadKahwinJohor.com  Untuk kondisi ini pelanggan perlu menyediakan imej/grafik/visual/lakaran untuk pereka KadKahwinJohor.com membuat rujukan.Caj yang akan dikenakan ialah RM80.00.

10. POLISI ‘EXPRESS ORDER @TEMPAHAN SEGERA’

KadKahwinJohor.com mempunyai polisi ‘EXPRESS Order’ untuk membolehkan pelanggan memohon untuk mempercepatkan proses rekabentuk dan pembikinan produk mereka. Walaubagaimanapun, kebolehan untuk mempercepatkan proses melalui ‘rush order’ ini bergantung kepada konsisi pengeluaran dan beban semasa KadKahwinJohor.com. Pihak KadKahwinJohor.com  berhak untuk menolak permintaan ‘EXPRESS Order’ daripada pelanggan dalam keadaan beban semasa yang tinggi.’Rush Order’ akan dikenakan caj berdasarkan caj semasa yang telah ditetapkan SEMASA TAWARAN.

11. POLISI PENGIKLANAN LOGO JENAMA kadkahwinjohor WEDDING CARD

Semua harga jualan rasmi produk KadKahwinJohor.com ialah termasuk nilai pengiklanan jenama KadKahwinJohor.com di produk tersebut.Cetakan logo KadKahwinJohor.com di bahagian produk buatan KadKahwinJohor.com adalah standard pengiklanan jenama KadKahwinJohor.com. Pelanggan dibolehkan untuk tidak membenarkan KadKahwinJohor.com mengiklankan logo di produk tempahan mereka dengan membuat bayaran tambahan 30% daripada nilai keseluruhan belian/tempahan produk.

12. POLISI TANGGUNGJAWAB SOSIAL SYARIKAT

Semua harga pakej promosi yang diiklankan ialah berasaskan kepada ‘CSR’ syarikat bagi membantu kerajaan mengurangkan beban kos perbelanjaan perkahwinan rakyat Malaysia. Harga-harga pakej dan promosi yang diiklankan hanya sah untuk warganegara Malaysia sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...